Pages

Thursday 9 May 2013

Menu Hari Ini - Tom Yam & Sambal tempe bilis

Assalamualaikum.....
Hari ni hari dah 52 hari ..badan dahrasa ringan  ...macam biasa hari ni mama masak tom yam sotong , sambal tempe & ikan bilis, serta ulam2 ....sotong masih fresh2 lagi so, sedap kalau masak cepat..kalau tak nti dah lembik, isinya pon xsedap...

RESEPI TOM YAM SOTONG
-sotong, bawang besar, cili padi, pes tom yam, kiub tom yam, serai, bunga kobis,tomato,carrot...
-masak air dan masukkan semua bahan2 yang telah dipotong...
-siap untuk dimakan


RESEPI SAMBAL TEMPE & IKAN BILIS
-bawang putih, bawang besar( dicincang halus),tempe, ikan bilis, cili boh..
-tumis bawang, cili boh ...masukkan tempe n ikan bilis
- siap untuk dihidang

Sunday 5 May 2013

Bihun Goreng

Assalamualaikum ...buat semua..

Selamat pagi Ahad semua ...cuaca hari ni mendung..satu rahmat buat pengundi ...selamat mengundi untuk semua yang mengundi..sedih keana tak dapat mengundi pada tahun ni..mama baru habis pantang ..hari ni genap 48 hari berpantang...sebenarnya bukan tak nak mengundi.cik usben bertugas sebagai kerani mengundi di SMK PANDAN,KUANTAN ...so terpaksala padaman hasrat untuk mengundi..nak drive baby kecik lagi ..susah gak...so x nak amek risiko, duduk RUMAH ...


Kalau duduk rumah , mcm2 akiviti yg nak dibuat..salah satunya memasak...mama memang suka makan n masak untuk family..entahlah kalau beli yang dah siap tu rasa macam xpuas makan jer...so pagi ni mama masakan sarapan untuk anak2 ...simple jer pagi ni buat bihun n air kopi...

RESEPI BIHUN GORENG

1.satu bungkus bihun -rendam
2.1 ulas bwg merah-blend
3.1 labu bwg besar-blend
4.3 ulas bwg putih-blend
5.ikan bilis-blend
6.udang kering-blend
7.sayur sawi
8.3 biji telur, kiub ayam (1)
9.cili boh,kicap manis

CARA2
1.blend semua bahan yang perlu diblend
2.panaskan minyak, tumis bahan yg diblend, masukkan cili boh..masak sehingga pecah minyak, masukkan telur, sawi, kicap, kiub ayam
3.masukkan bihun  dan sedikit air panas.
4.gaul rata dan siap untuk dihidang...SELAMAT  MENCUBA

Kek Batik

Assalamualaikum buat semua pembaca blog...

Semalam teringin nak makan kek batik..mama tak pernah buat , biasa beli atau order ngan kawan...petang semalam saja search nak cari resepi kek batik..mama tgk kat blog jintanmanis.com..resepi ni asal dari kak Hana Kanazawa, resepi asal dari kak yatiezaini myresipi, terima kasih banyak-banyak buat kakak semua  kerana  share resepi yang simple ni.resepi ni pon mama ubah cikit2..x ikut sukatan pon , main campak jer....

ptg tu jugak ajak cik usben g cari biskut marie n coklat masakan..sebab rasenya kalau x letak x sedapp kot..balik dari tunas manja terus masuk dapur untuk buat kek batik ..



Bahan-bahan
1.1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3
2.1/2 tin besar susu pekat
3.180 gm butter( boleh ganti dengan marjerin -2 sudu)
 4.100 gm coklat bar masakan
5.1/2 cawan milo
6.1/3 cawan air panas  (boleh  ganti dgn susu segar)

Cara-cara

1. Kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
2. Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam.
4. Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba.

Wednesday 27 February 2013

Petua Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Assalam

Buat pembaca blog yang menghadapi tekanan darah tinggi, ini petua yang saya dapat daripada mak bidan kampung....

Petua 1
Ambil sedikit daun sup bersama akar , cuci bersih serta blender hingga lumat...Insya Allah tekanan darah anda akan turun...

  

Petua 2

Ambil segenggam daun pegaga bersama akar, cuci bersih dan blender ..air pegaga diminum sehingga tekanan darah turun... Sebelum minum , jangan lupa selawat 3 kali..


Petua 3
Ambil 3 - 4 keping asam gelugor, rendam bersama segelas air masak selama semalaman...minum pada keesokan harinya ...Ingat ...selawat 3 kali ...Insya Allah akan reda....















Pada uuuollls, yang tak pernah tengok buah asam gelugor, macam tu la rupanya buah dia....  


Selamat Mencuba ...Insya Allah

Semua gambar hasil carian google......

Saturday 24 November 2012

Umrah 2012

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dapat juga kami menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah pada bulan Mei lepas. Namun , sebelum berangkat ke tanah suci, anak kecil mengalami "chicken pox" ..then selang seminggu lepas tu, my husben plak yang kena..Masyaallah..perjalanan ke Mekah makin hampir, habis seluruh badan my husben..saya cuma nasihatkan dia supaya bersabar dengan dugaan yang diterima..Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Sebelum menunaikan umrah, kami perlu menghadiri beberapa kali kursus..Di sini saya nyatakan rukun umrah dan wajib umrah..semoga menjadi panduan bagi rakan-rakan yang akan ke tanah suci.

Rukun umrah :
1.Niat Ihram
2.Tawaf(7 kali pusingan kaabah)
3.Saie(7 kali bermula di Safa daan berakhir di Marwah )
4.Tahallul ( bergunting atau bercukur -dilakukan di Marwah-  kata ustazah sebagai tanda yang kita telah menunaikan umrah.
5. Tertib

Wajib umrah
1. Niat ihram di Miqat
2.Meninggalkan segala larangan semasa dalam ihram..


Hari Pertama
-bergerak dari KL ke Jeddah ..sampai Jeddah dalam pukul 3.30 kut (waktu saudi arabia)
-dari Jeddah bergerak ke Mekah ( dalam 4 jam kut rasenya dah lupa sebab tiada note )


 bergambar sebelum berlepas ke Jeddah



Alhamdulillah setibanya di Jeddah , menaiki bas yang telah disediakan ( jalan kaki pon sebenarnya boleh dekat jer ) 


Okess , nanti saya sambung lagi ..mata dah ngantukss..Assalamualaikum

Shepherd Pie


Saya nak kongsi satu resepi barat..resepi ni diambil dari kawan (K.Ina M.G.S)..kak Ina memperkenalkan resepi ni masa sama-sama jaga exam PMR 2011..Agak lama juga nak post kat blog(password lupe) ..Resepi ni sangat mudah dan ringkas, sekali buat terus menjadi..Selamat mencuba ..

Bahan-bahan

1 kg setengah ubi kentang

ayam /daging cincang -saya beli yang dah siap jer

2 batang karet ( diparut)

buttercup (untuk bagi lemak )

1 biji bawang besar  ( dicincang halus )

minyak

kicap manis

 Sos Black pepper

lada hitam - ikut citarasa anda if nak pedas lebihkan

kicap

air rebusan kentang

kiub ayam /daging - bergantung resepi -if guna ayam guna kiub ayam ..

Cara-cara membuatnya

- rebus ubi kentang sehingga empuk, lenyekkan, gaulkan dengan sedikit butter (ketepikan )

- panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, then masukkan ayam and kicap.last masukkan kiub tadi ( sejukkan )

-lapisan pertama ( bahagian bawah ) letakkan ayam kisar yang telah dimasak didalam loyang

-lapisan tengah ( taburkan karet yang telah diparut )

-lapisan atas( letakkan  kentang yang telah dilenyekkan )

- if ada cheese bolehlah tabur pada bahagian atas sekali

- then bakar pada suhu 180' C sehingga kekuningan

 

untuk sos pula ambil air rebusan kentang, masukkan lada hitam dan kicap ..masakkan di atas api yang perlahan then siap untuk dihidang ..Selamat mencuba