Pages

Saturday, 24 November 2012

Umrah 2012

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dapat juga kami menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah pada bulan Mei lepas. Namun , sebelum berangkat ke tanah suci, anak kecil mengalami "chicken pox" ..then selang seminggu lepas tu, my husben plak yang kena..Masyaallah..perjalanan ke Mekah makin hampir, habis seluruh badan my husben..saya cuma nasihatkan dia supaya bersabar dengan dugaan yang diterima..Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Sebelum menunaikan umrah, kami perlu menghadiri beberapa kali kursus..Di sini saya nyatakan rukun umrah dan wajib umrah..semoga menjadi panduan bagi rakan-rakan yang akan ke tanah suci.

Rukun umrah :
1.Niat Ihram
2.Tawaf(7 kali pusingan kaabah)
3.Saie(7 kali bermula di Safa daan berakhir di Marwah )
4.Tahallul ( bergunting atau bercukur -dilakukan di Marwah-  kata ustazah sebagai tanda yang kita telah menunaikan umrah.
5. Tertib

Wajib umrah
1. Niat ihram di Miqat
2.Meninggalkan segala larangan semasa dalam ihram..


Hari Pertama
-bergerak dari KL ke Jeddah ..sampai Jeddah dalam pukul 3.30 kut (waktu saudi arabia)
-dari Jeddah bergerak ke Mekah ( dalam 4 jam kut rasenya dah lupa sebab tiada note )


 bergambar sebelum berlepas ke Jeddah



Alhamdulillah setibanya di Jeddah , menaiki bas yang telah disediakan ( jalan kaki pon sebenarnya boleh dekat jer ) 


Okess , nanti saya sambung lagi ..mata dah ngantukss..Assalamualaikum

Shepherd Pie


Saya nak kongsi satu resepi barat..resepi ni diambil dari kawan (K.Ina M.G.S)..kak Ina memperkenalkan resepi ni masa sama-sama jaga exam PMR 2011..Agak lama juga nak post kat blog(password lupe) ..Resepi ni sangat mudah dan ringkas, sekali buat terus menjadi..Selamat mencuba ..

Bahan-bahan

1 kg setengah ubi kentang

ayam /daging cincang -saya beli yang dah siap jer

2 batang karet ( diparut)

buttercup (untuk bagi lemak )

1 biji bawang besar  ( dicincang halus )

minyak

kicap manis

 Sos Black pepper

lada hitam - ikut citarasa anda if nak pedas lebihkan

kicap

air rebusan kentang

kiub ayam /daging - bergantung resepi -if guna ayam guna kiub ayam ..

Cara-cara membuatnya

- rebus ubi kentang sehingga empuk, lenyekkan, gaulkan dengan sedikit butter (ketepikan )

- panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, then masukkan ayam and kicap.last masukkan kiub tadi ( sejukkan )

-lapisan pertama ( bahagian bawah ) letakkan ayam kisar yang telah dimasak didalam loyang

-lapisan tengah ( taburkan karet yang telah diparut )

-lapisan atas( letakkan  kentang yang telah dilenyekkan )

- if ada cheese bolehlah tabur pada bahagian atas sekali

- then bakar pada suhu 180' C sehingga kekuningan

 

untuk sos pula ambil air rebusan kentang, masukkan lada hitam dan kicap ..masakkan di atas api yang perlahan then siap untuk dihidang ..Selamat mencuba